sembang subuh - alfatihah utk ibubapa ;)
Hye n assalamualaikum ;)
Semua chat kan? Semua dah solat subuh kan? Alhamdulillah... First of all, aku benar2 bersyukur sbb masih lagi diberi nafas utk bgn pagi nie.. Cmtu gak aa anda sekalian kan? Moga kite terus diberikan umur yg panjang utk terus buat ibadah hanya kerana-Nya. InsyaAllah.
Pagi ini, i just wanna share some article that my mom print out for me. Tentang Alfatihah. Tawu tak sebenarnya, surah Alfatihah bkn saja dibaca pada org2 yg dah meninggal malah kpd org2 yg masih hidup terutamanya kedua ibubapa kita. Dlm artikel nie bertulis, setiap pagi sedekahkan al-fatihah kpd kedua ibubapamu baik yg hidup ataupun mati. Pasti korg semua hafal kan? Ini surah wajib dlm solat lima waktu. Ok skang bia aku cerite kan ape isi kandungan dlm artikel nie. Pade sape2 yg dah tawu, alhamdulillah. Aku just nak share jek. Heeeee :')
Rasulullah SAW pernah bersabda ;
"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kpd kedua ibubapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)".... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.....
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
"Tidak akan terputus rezeki seorang ANAK selagi dia tdk meninggalkan doa kpd kedua org tuanya walau sehari"
Huraian hadith:
-jgn sesekali meninggalkan doa kpd kedua ibubapa (baik yg hidup mahupun
yg sudah tiada)
-Allah akan memurahkan rezeki kpd mereka yg tdk putus2 berdoa kpd kedua
ibubapa (hidup atau mati)
-Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah SWT.
-Semasa berdoa, berdoalah dgn bersungguh2..tadah tgn dan bayangkan
wajah kedua org tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka2 yg byk
menolong
kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
-Mereka yg lupa berdoa kpd kedua org tua, akan disempitkan rezeki oleh
Allah SWT. Nauzubillah kan kwn2..
Kesimpulannya :
-Bagi yg berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...cuma jgn lupa doakan ibubapa
kita setiap hari.
-Rezeki bkn saje berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yg kita dpt dari
Allah (e.g mkn, kesihatan, kasih syg, ilmu, dan sebagainya..)
InsyaAllah..berusaha dan bertawakal..InsyaAllah...
-Rezeki itu bkn kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dan sebagainya, tp dgn
hati yg tulus ikhlas dan doa kita utk ibubapa Mari kita cube jum kwn2.
Bile2 mase kita boleh angkat tgn dan berdoa utk kedua ibubapa kita, waktu bangun pagi, di pejabat, waktu mkn siang, pagi, petang, siang atau malam, di mana2 saja, (tdk termasuk diwaktu solat lima waktu)
Caranya ;
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2 kedua org tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka itu, murahkanlah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Amin Ya Rabbal Alamin.... (doa ini utk org tua kita yg masih hidup )
Utk yg sudah meninggal :
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa2 org tuaku, tempatkanlah ibuku/bapaku di tempat org2 yg beriman...
Mudah2an kita dpt praktikkan bersama2 kan kwn2? Betapa muliaya org yg sentiasa mengingati kedua ibubapa mereka. Semoga kita jugak sentiasa igt akan mereka yg telah bersusah payah utk besarkan kita selama ini. Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon supaya Engkau sentiasa jauhi aku dari bisikan2 syaitan yg sentiasa mengajak aku ke jalan jahat, berilah aku petunjukMU, dekatilah aku Ya Tuhan, Tuhan seluruh sekalian alam. Amin Ya Rabbal Alamin..
p/s ; special big thanks to my mom ;)
p/s/s ; korg pasan kan HIDUP ATAU MATI betul2 ditekankan? Thats mean
sentiasa ingat !
p/s/s/s ;hrp hari nie n esok berjalan lancar. Iklan jap, hehehe. ;D
Bye, take care, salam :)
Terimakaseh kerana sudi membaca, xoxo
Comments