ummi
ini untuk insan yang aku paling sayang
untuk wanita yang telah membawa aku kehulu hilir
selama 9 bulan
bukan hari ini saja aku raikan
tiap-tiap hari pun hari ibu
tapi kalau hari-hari aku cakap,
"selamat hari ibu!"
ummi pula yang pelik nanti
mungkin hari ini istimewa lain macam
terima kasih ummi untuk semua
dan terima kasih Allah untuk pinjamanMu yang sementara ini
aku satu-satunya anak perempuan ummi
perangai aku lain macam
degil aku, keras aku, mengada aku
tak percaya cuba tanya ummi aku
aku senang dengan wanita ini
semua benda boleh kongsi
semua masalah boleh cerita
dah macam sahabat
bila ada masalah, cuba cerita dekat emak korang
feeling dia lain macam
aku tak pernah cakap aku anak yang baik
sebab aku punya perangai susah nak duga
bergaduh, melawan, bertekak
ya pernah!
tapi macam mane pun jadi
dia tetap ummi aku
tiada ganti
Selamat Hari Ibu ummi saya, Zaidah Binti Abdullah.
Terimakaseh kerana sudi membaca, xoxo
Comments