pasal anak anak

Baru perasan sbb dah lama tak bukak blog,
maka byk lah komen tak terbalas.
Especially pasal Hud, pasal eczema dia.
Ada yg igt ke? 
Ok nah link utk korg refresh. Lahh dah mcm nak jawab test.


Jap aku cuba igt balik soalan. But ni yg aku igt.
Yelah bende dah 6 tahun :(

Q : So lepas dah stop susu badan anak sis punya eczema dah ok ke? And Hud minum susu apa?
A : Aah lepas dah stop tu mmg skin dia elok, flawless! Masa tu Hud minum susu kambing, aku beli Karihome masa tu. Yes mmg pricey but demi anak kan :( Selain dari Karihome ada consume susu kambing yg lain jugak and semua okay! Hud ada kene allergic sekali dua sbb termakan / minum benda yg ada SUSU LEMBU. Dia naik rashes yg mcm bintat tu mcm kene gigit nyamuk tu, satu badan wehh! Panic terukk mak dia. Ubat dia takde,mmg lama2 dia hilang sendiri dlm setengah jam kot eh. Tp aku taruk laa lotion kat dia. Sian dia :( Hud consume susu kambing lama jugak, dekat nak 2years baru aku try susu lembu, tgk naik tak rashes dia. Bila dah ok, terus stop susu kambing. Jimat sikit kan hehehe

Q : Nak tanya la berapa kali treatment sampai tak perlu follow up lagi ?
A : Ok pasal treatment eczema Hud ni boleh baca dekat sini. Hud check up 2x je and lepas kali kedua tu mmg doc ckp takyah dtg dah sbb allergy level dia dah turun byk, alhamdulillah kan. Bukan dekat nak ulang alik selalu. Plus mmg masatu ubat dia stop susu badan kan hmmm. 


INFO TAMBAHAN
Sekarang ni boleh booked via online je. Dulu walk in taw. Gigih tak gigih. Huhu. Sampai pagi2 lepas 2pm belum tentu dapat jumpa doc. Dulu lahhhh. So details dia aku pernah share dekat sini.
Kalau malas tekan korang google aje Wong Specialist Tangkak ok! 


Ok bye bye :)

Terimakaseh kerana sudi membaca, xoxo

Comments

Mak said…
Eczema anak dh elok atau masih on ubat?
Nurfatin Liyana said…
dah elok dah! rasanye before die 2y mcm dah ok hehe alhamdulillah =)

Popular Posts