aku merinduimu Rasulullah SAW .

Assalamualaikum people. :)



Seperti yg semua org sudah tahu, hari ini adalah hari memperingati Nabi Muhammad SAW. Bkn untuk hari ini saje malah tiap2 hari pon perlu igt, perlu selawat utk mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW satu hari nanti. Semoga kita semua akan mendapat syafaat darinya, insyaAllah. Demi Allah, sungguh aku terasa rindu walau tak pernah bersua muka sekalipon, kdg2 terasa diri ini lalai sbb lupa dan leka utk mengikut segala sunnah beliau. Dan saya yakin, kalian juga begitu. Google lahh, carik2 tentang peristiwa saat2 pemergian beliau, pasti terasa rindu, PASTI !



Sebenarnya, umat Nabi Muhammad SAW adalah paling bertuah kerana Nabi Muhammad adalah nabi kesayangan Allah SWT. Nabi Muhammad juga bakal memberikan syafaat kepada umatnya yg tdk pernah lupa akan beliau, subhanAllah. Semoga kite semua tergolong dlm golongan org2 yg bakal mendapat syafaat darinya. Amin. Malah, saat pemergian beliau, beliau hanya mengingati umat2nya, walau tidak pernah berjumpa, beliau menyatakan yg beliau rindu pada umat2 beliau. Kisah ini sgt sedih. Anda semua harus mencari kisah ini. Saat saya baca, airmata saya mengalir. Yaaaa, kerana terasa sgt bertuah kerana org kesayangan nabi merindui kita. T_____T


Ini adalah lirik dari Inteam - pemergianmu. Sama2 kita hayati, kerana lagu ini juga sudah berjaya menjatuhkan airmata saya. Sgt terasa rindu. Bkn kerana hari ini saja malah hari2 lain juga saya akan sedih bile mendengar bait2 lagu ini. Sungguh ! 


Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan


Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa


Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu


Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu








Ya Allah, titipkan salam kami utk beliau. Walau kdg2 terlupa, kami sebenarnya amat merindui beliau. Benar2 rindu. Andai saja beliau masih ada hingga hari ini, pasti segala2 permasalahan beliau akan cuba leraikan. Ya Allah.............. 




*ambil sedikit masa utk selawat dan jgn lupa utk membalas semula selawat saat ade org2 yg menyebut SAW. balas ia dgn SAW semula  : Sallallahualaihiwassalam, boleh phm bukan?





Terimakaseh kerana sudi membaca, xoxo

Comments

Anonymous said…
Salam maulidur rasul!
Anonymous said…
TINGKATKAN TRAFFIC ANDA.SERTAI KAMI DI FACEBLOG. BERTEMAKAN PINK FACEBOOK. [ http://the-faceblog.blogspot.com ]

Popular Posts